Selepas subuh, ktrng hanya bersarapan di langkasuka. pukul 7.00pg mamat penghantar nasi lemak dan teh tarik dah terpacak depan pintu bilik. harga pun ok hanya RM11 utk 2 hidangan siap penghantaran.. Boleh tahan la nasi lemak ayam drng ni.. 7.30pg ktrng terus bergerak ke Pantai Chenang tempat agen yg akan membawa ke jeti untuk Island Hoping. Di jeti ktrng berborak dengan pasangan yg baru kawin jugak la dan bebe
rapa family lain yg mana harga agen ktrng yg paling murah RM29 shj. ada yg kena smpai RM50-60. Harga biasa RM35-40. Pulau pertama, dayang bunting.. di tgh2 pulau ini ada tasek.. tp tak ada naga, yg ada naga hanyalah di tasek chini. dikatakan sesiapa yg berendam/mandi/siram air tasek ini akan mudah bunting.. yeke!! *ingatlah, mempercayai sesuatu seperti ini boleh merosakkan akidah, yg menentukan rezeki hanyalah Allah yg esa*. Kalo dikatakan usaha/ikhtiar, banyak lagi kaedah lain, antaranya berdoa. So, selepas bersiar2 di tepi tasek sambil melihat 'mat saleh' (bukan nama sebenar) 3/4 bogel, kami pun beredar ke tempat bot semula akibat takut diserang sekumpulan monyet@menate beruk yg berkeliaran kelaparan. Ingatan!! jgn membawa plastik. kemudian kami dibawa ke Pulau Singa Besar untuk menyaksikan 'eagle feeding'. . Di kawasan pulau ini hanya helang yg diberi makan dan bukan singa walaupun nama tmpt ini singa besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment